Friday, 3 October 2014

Bengkel apron murid

Di samping itu juga ibu-ibu sempat meluangkan masa untuk membuat pom-pom untuk sukaneka akan datang.
Pada 28 April telah dijalankan bengkel membuat apron murid yang comel untuk digunakan oleh murid-murid semasa membuat aktiviti mewarna air. Selain itu apron ini juga boleh digunakan semasa murid makan bagi menjaga kebersihan pakaian.

Pada hari tersebut, ibu ibu telah menggunting kain ikut pola yang disediakan sebanyak 30 helai apron. Mereka kemudiannya berkongsi menjahit apron tersebut di rumah.

Disamping itu juga, para ibu telah dapat membantu guru dalam membuat pom-pom yang akan digunakan oleh murid-murid dalam sukaneka tidak lama lagi.Terima kasih di atas bakti anda semua.

Jom baca 10 minit

Program ini dianjurkan oleh PPAS Dataran Sabak Bernam pada 22 April. Murid-murid dari TP Berjaya telah diundang untuk turut sama mengambil bahagian dalam kempen membaca selam a10 minit di perpustakaan. Disamping itu juga pihak perpustakaan telah mengadakan aktiviti mewarna bagi murid-murid tabika.

Terima kasih kepada puan Fariha dan puan Fadzilah kerana telah sudi membantu guru-guru menghantar murid-murid dengan kenderaan sendiri.

Mesyuarat JPTP Bil 2/2014

Mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan aktiviti sukaneka yang dijangka akan diadakan pada 11 Mei 2014.


Sunday, 13 April 2014

Aktiviti bulan Mac

Mesyuarat JPTP Bil 1/2014 telah berlangsung pada 9 Mac 2014 bertempat di kelas tabika Berjaya jam 3.30 petang.

Mesyuarat membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang bakaal dijalankan sepanjang tahun 2014.

Hampir kesemua AJK dapat menghadirkan diri ke mesyuarat ini. 

Kira-kira 190 orang murid-murid TP daerah Sabak Bernam telah mengikuti aktiviti lawatan sambil belajar ke Klinik Pergigian , Sungai Besar pada 12 Mac 2014 yang lalu. Aktiviti ini dianjurkan oleh Tabika Perpaduan Daerah Sabak Bernam yang dipengerusikan oleh Puan Nor Aziziah binti Abd Talib.

Barisan guru-guru yang turut sama mengikuti aktiviti ini. 

Guru-guru diberi taklimat tentang kempen gigi sihat peringkat kelas dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan  oleh Klinik Pergigian dalam kempen gigi sihat.

Friday, 11 April 2014

Aktiviti bulan Februari





Alhamdulillah satu lagi aktiviti dapat dijalankan pada bulan ini iaitu mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Berjaya pada 9 Februari bersamaan Ahad. Hasil daripada mesyuarat ini terbentuklah barisan jawatankuasa yang akan menggembeling tenaga bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tabika sepanjang tahun 2014.

Tahniah diucapkan kepada barisan AJK yang telah dilantik semoga kita sama-sama dapat bekerjasama menjayakan aktiviti dengan jayanya.





Pada 25 Januari yang lalu TP Berjaya telah melaksanakan aktiviti pertamanya iaitu gotong royong keceriaan tabika. Hasil daripada aktiviti ini kawasan tabika lebih ceria dengan pagar, gril pintu yang bercat baru (biru), landskap semakin kemas dan sudut tanaman herba dikemaskini. Terima kasih di atas kerjasama ibu bapa penjaga yang sudi melapangkan masa dan mengambil berat tentang kelas tabika kita.


Thursday, 27 February 2014

Assalamualaikum wrb dan selamat sejahtera..

Ini adalah post saya yang pertama selepas terbinanya blog ini pada sabtu lalu di Kolej Komuniti Sabak Bernam.

Friday, 21 February 2014

Pengenalan

Tabika Perpaduan Berjaya terletak di Taman Berjaya, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Telah mula beroperasi pada tahun 2000. Tabika Perpaduan Berjaya adalah di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor.


Tabika Perpaduan Berjaya, Sabak Bernam
 
Peta lokasi Taman Berjaya, Sabak Bernam